Di suasana yang gelap gelita serta keadaan yang menakutkan. Aku berasa terlalu takut hingga tidak dapat menghilangkan rasa ketakutan pada diri ku ini. Aku cuba untuk melawan tetapi gagal. Aku tidak sukakan pada kegelapan hingga aku takut untuk tidur dalam suasana gelap. Bila lampu bilik ku ini terpadam, aku akan mula terbayang tentang adanya makhluk yang cuba mengganggu ku dan cuba menghampiri ku.
Tolong. Aku tidak sukakan suasana kegelapan yang sebegini. Jeritan kecil ku cuba untuk melawan ketakutan ini. Hingga aku cuba melawan ketakutan dalam kegelapan ini sehingga aku terlelap seketika. Walaupun bilik ku ini gelap gelita yang tidak dapat aku melihat cahaya. Tetapi aku sedar yang pejamkan mata aku ini adalah kegelapan seketika.
Semasa aku terbangun dari tidur ku ini. Aku melihat kembali cahaya itu. Suasana yang terang seperti biasa. Aku tahu, aku akan lalui semua ini seperti biasa. Aku akan cuba melawan ketakutan ini hingga aku berjaya.