Khamis, 18 Oktober 2018

Kebaikan grab

Hi, assalamualaikum semua. Hari ni admin nak ceritakan tentang kebaikan grab. Tapi admin nak cerita pasal teksi dulu. Masa admin guna teksi, harga memang 2 kali ganda dari harga grab. Mahal tau. Pernah sekali admin naik teksi yang agak kurang ajar dan biadap. Admin kena marah oleh driver teksi cina sebab tak tahu jalan ke hostel. Admin bukannya tak tahu tapi dah dia bawa jalan yang jauh dan bukan tempat yang biasa admin pergi. Admin dengan terasa geramnya sebab kena marah dan di maki. Driver teksi tu pula bukannya kisah yang dia marahkan penumpang wanita macam admin. Admin ada bagi tunjuk jalan yang admin selalu lalu tapi dia bagi alasan yang dia tak nak lalu ke situ. Dah lah mahal dan tak ada adab.

Bila admin guna app grab ni untuk pergi ke destinasi yang admin ingin dituju. Harga memang murah dan mesra pada customer. Memang admin akan bagi 5 bintang dekat driver grab sebab tak biadap dengan customer dan harga pun murah dan berbaloi.

Okay, sampai disini je yang admin nak ceritakan pada pembaca semua. Bye 😁

Tiada ulasan: