Hidup ini ada kalanya bahagia, dan adakalanya tidak. Bagi ku, aku hanya lah insan yang tidak tahu tentang wujudnya kehidupan yang sebenar untuk ku. Mungkinkah jua aku ini telah terpesong dari agama yang suci? Ya. Aku tidak ada didikan agama sejak aku kecil. Walaupun aku mahu ada agama dalam diri. Sejak satu persatu hidup ku menimpa apa apa dugaan. Entah mengapa diri ku ini seperti tidak mahu untuk belajar tentang agama yang aku selalu inginkan sejak besar. Mereka selalu berkata yang hidup ini seperti roda. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita dibawah. Ianya seperti permainan. Kalau kalah tidak selamanya aku akan kalah.
Aku juga berharap, ada bahagia dalam hidup ku. Aku berharap ada seseorang yang akan bimbing aku anak anak ku nanti. Hitam putih ini lah seperti kehidupan. Hitam seperti tempat kegelapan dan putih seperti tempat yang adanya cahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan