Ahad, 14 Oktober 2018

Di waktu malam yang gelap...

Di waktu malam yang gelap gelita serta turunnya hujan yang lebat. Membuatku terasa sejuk dengan angin yang bertiup. Aku tidak tahu apa yang aku rasa ketika ini. Mata ku mula terasa berat dan mulutku sering menguap. Aku terbaring di atas katil yang empuk. Aku cuba untuk berangan seketika tetapi ianya gagal. Lalu aku tertidur dan terbangun pada pagi esok. Dengan itu, aku terfikir tentang bagaimana pula yang berlaku di negara luar seperti Palestin yang selalu menghadapi kehidupan yang sukar. Terlalu sukar bagi mereka. Mereka tidak dapat tidur lena seperti di negara kita. Tidak dapat merasakan makanan yang agak mewah. Begitu berat ujian yang dihadapi oleh rakyat di sana. Bayi kecil yang dahagakan susu, menangis teresak esak. Kanak-kanak yang kelaparan mencari makanan di atas tanah dan sebagainya.

Aku berasa kasihan kepada mereka yang telah hadapi pelbagai dugaan yang berat. Syurga lah buat mereka di sana. Mereka hidup tidak seperti kita di sini. Ya, Allah.. sedihnya aku bila terbayangkan mereka. Kasihannya mereka di sana. Apa yang telah berlaku di bumi ini. Terlalu banyak kekejaman. Aduh..

Tiada ulasan: